Penyanyi Yuna mengakui masih ada rasa gementar meskipun sudah 15 tahun beraksi di pentas termasuk kini sudah berkelana hingga ke negara Uncle Sam.
Dia berkata, perasaan itu akan hadir kerana baginya setiap kali muncul di pentas juga bermakna akan ada dalam kalangan khlayak kali pertama menonton dirinya.
Penyanyi lagu Terukir Di Bintang itu turut berkongsi tip dirinya untuk mengawal rasa gementar berkenaan.
Pemilik nama sebenar Yunalis Zarai itu turut melahirkan rasa teruja kerana bakal beraksi dalam Festival Supalapa di Resort World Awana, Genting Highlands pada 2 dan 3 Mac ini.
Yuna turut berkata tidak menjadi masalah baginya berulang alik dari US ke Malaysia sejak 12 tahun lalu demi kerjaya muziknya.
Ditanya mengenai dirinya yang masih menerima persembahan di Malaysia, Yuna berkata dia tidak menolak jika tawaran yang diberikan bagus untuknya.