Terapi Yumeiho yang berasal dari Jepun dan diiktiraf di peringkat antarabangsa kini semakin mendapat tempat di lebih 80 negara di seluruh dunia
Pengasas dan Pengarah Yumeiho Asia, Zaphir Lembang,60, yang mempunyai pengalaman 15 tahun dalam terapi ini sudah membuktikan mampu membantu dalam menyembuhkan penyakit berkaitan strok, lemah tenaga batin, slipdisc , sakit otot, stres, gangguan jiwa, mental tidak stabil dan banyak lagi.
Lelaki berdarah campuran Melayu- Jerman yang lebih mesra dipanggil Sensei (cikgu) Zaphir ini berkata, ketidakseimbangan tulang pinggul dan pinggang boleh menyebabkan pelbagai penyakit.
Zaphir juga menjelaskan, terapi Yumeiho yang mempunyai 100 urutan terbahagi kepada empat konsep atau tahap.
Konsep terakhir adalah Sports Enhancement untuk mereka yang aktif dalam bersukan. Di luar negara, misalnya untuk Sukan Olimpik. Mereka menggunakan terapi ini untuk meningkatkan kebolehan atlet-atlet.
Zaphir yang berpengalaman lebih 15 tahun dalam terapi ini telah merawat 13 ribu pesakit.
Bukan hanya dari Malaysia, malah ramai pelanggan dari luar negara seperti dari Indonesia, Brunei, Singapura, Kuwait, Arab Saudi.
Dengan harga RM 180 untuk satu jam dan harga promosi RM 98, sesiapa yang ingin mendapatkan rawatan boleh ke Tamarind Square, Cyberjaya.
Instagram Yumeiho https://www.instagram.com/yumeiho_asia?igsh=ZjFhMmUzMDB6NDNv – THE VOKAL