Aeril Zafrel mengakui dirinya bertuah kerana memiliki suri hati yang disifatkan sempurna dan lawa iaitu Wawa Zainal dan enggan memikirkan untuk berlaku curang.
Pelakon dan usahawan terkenal itu malah berikrar untuk tidak mengkhianati isterinya dan mensia-siakan kepercayaan antara mereka.
Dia berkata demikian ketika menjawab soalan media mengenai bagaimana caranya dalam menepis godaan orang ketiga, Aeril menyifatkan Wawa sebagai pelengkap hidup yang sudah sempurna apa adanya.
Malah bapa kepada empat cahaya mata itu juga percaya dengan kifarah.
Sementara itu, berkongsi mengenai kemeriahan rumah tebuka yang dianjurkan pula, Wawa menjelaskan acara tahunan itu dihadiri lebih 500 tetamu terdiri daripada kenalan, rakan niaga, selebriti dan pekerja Wawa Cosmetics.
Berkongsi mengenai perkembangan terkini bisnes, pihaiknya baru sahaja melakukan kerjasama dengan pelakon dan penyanyi Abby Abadi menerusi pelancaran Anti Pigmen Set dan bakal berkerjasama dengan primadona Erra Fazira. – THE VOKAL