Warga Emas Lumpuh Rentung – Kebakaran Rumah Kedai
Seorang lelaki warga emas yang lumpuh ditemukan rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah kedai di Kampung Baru, Ayer Tawar, Perak malam tadi.
Difahamkan, mangsa dikenali sebagai Loo Leng Wion, 90, ditemukan oleh anggota penyelamat selepas hampir empat jam operasi pemadaman.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.41 malam.
Menurutnya, operasi itu turut dibantu anggota dari BBP Sitiawan, BBP Pantai Remis, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Teluk Intan, PBS Air Tawar dan PBS Pantai Remis. – THE VOKAL