Wanita Akui Tetap Cinta Meskipun Ditikam Dengan Pisau Sebanyak 16 Kali – “Mahu Kekasih Dibebaskan
SUMATERA – Benarlah seperti kata pepatah, cinta itu buta. Masakan tidak, seorang wanita dari Asahan, Sumatera Utara, Indonesia sanggup memaafkan kekasihnya yang telah menikamnya sebanyak 16 kali dengan pisau.
Setelah beberapa bulan mengalami kejadian tragis itu dan kembali sembuh, Eka Wahyu Lestari, 23, hadir ke balai polis Asahan untuk menarik semula laporan dibuat terhadap lelaki terbabit, Fika Andrean Banjarnaor, 20.
Bahkan Eka menganggap, perbuatan yang dilakukan Fika hanyalah pertengkaran biasa seperti dilalui pasangan kekasih lain.
Dia bahkan mengatakan bahawa Fika di saat itu sedang khilaf hingga terpaksa menikamnya.
“Setelah soal siasat dijalankan, Eka mengaku telah menjadi mangsa tikaman Fika dan polis menangkap lelaki berkenaan,” kata Kanit Tipikor Sat Reskrim Polres Asahan, Iptu Arbin Rambe.
Terdahulu, Fika telah menikam Eka di dalam kereta sebelum menurunkan wanita itu di tempat kerjanya.
Akibat cedera dialaminya parah, Eka dikejarkan ke hospital oleh rakan-rakan sekerjanya. – THE VOKAL
Sumber: TRIBUN NEWS