Walk The Doc: Merevolusikan Filem Dokumentari Terhadap Pelancongan, Alam Sekitar Dan Kelestarian
KUALA LUMPUR – Festival Dokumentari Antarabangsa Walk The Doc atau Walk The Doc International Documentary Festival akan berlangsung pada 1 hingga 3 Ogos ini di Pulau Langkawi, Kedah.
Bertempat di Mercure Langkawi Pantai Cenang, Festival ini dianjurkan oleh Walkabout Asia dengan tujuan untuk meraikan dan memberi pengiktirafan kepada produk dokumentari dan tenaga produksi yang menghasilkannya sambill membina jaringan komuniti pengkarya dokumentari dan kandungan berfakta yang lain.
Bagi penganjuran kali ke 2 ini, seramai 200 peserta dari akan berkampung di Mercure Langkawi untuk menyertai festival kali ini dari dalam dan luar Malaysia.
Pengarah Festival, Puan Nurashikin Zaharuddin mensasarkan matlamat tinggu agar festival Walk The Doc ini mampu menjadi sebuah festival tahunan berskala antarabangsa.
Malah, ia turut berfungsi sebagai platform untuk mereka yang berminat dan juga terlibat dalam penghasillan kandungan berfakta dan dokumentari berkumpul dan membina jaringan komuniti sesama mereka.
Dengan menetapkan tema Perlancongan, Alam Sekitar dan Kelestarian sebagai syarat layak utama untuk penyertaan dokumentari, festival tahun ini menyaksikan penyertaan lebih 50 dokumentari dari 15 buah negara untuk dipertandingkan tahun ini.
Dokumentari yang telah dihantar untuk menyertai pertandingan tahun akan di nilai dan diadili oleh panel juri berpengalaman luas dalam penerbitan dokumentari.
Selama 3 hari, para peserta akan mengikuti pelbagai acara menarik yang disusun khas untuk festival kali ini.
Antaranya, sessi tayangan dokumentari yang bertanding, juga sessi bengkel, pitching dan masterclass bersama panel-panel yang dilihat sebagai pemain utama dalam industri penerbitan dokumentari.
Terdapat juga sessi pembentangan istimewa oleh wakil organisasi media yang telah lama menerbitkan pelbagai jenis dokumentari Wakil dari RT Russia dan TRT Turki akan berkongsi pengalaman mereka.
Malaysia akan diwakili oleh Bahagian penernitan Majalah TV3 yang akan berkongsii pengalaman dalam menerbitan program kandungan berfakta secara berterusan selama lebih 20 tahun.
Para peserta antarabangsa juga akan berpeluang untuk melawat kawasan Pulau Dayang Bunting anjuran bersama Lembaga Kemajuan Langkawi (LADA).
Bagi pihak Tourism Malaysia, pembabitan mereka sebagai rakan kerjasama strategik untuk festival ini membuka ruang lebih besar dalam menngukuhkan nama Malaysia sebagai destinasi perlancongan yang perlu diberi perhatain.
Mereka percaya dengan memperkasakan lebih ramai penerbit kandungan melalui festival sebegini, akan terhasil lebih banyakkandungan-kandungan berkualiti yang menceritakan tentang Malaysia dan budayanya kepada dunia.