VIBES International Beri Pendedahan Persiapan Jadi Artis – Jalin Kerjasama Dengan Finas
VIBES International Agency, sebuah agensi berdaftar TikTok bersedia memberikan bimbingan supaya pemegaruh media sosial yang bermnat masuk ke dalam industri celik dan tahu realiti sebenar yang bakal mereka hadapi.
Pengasasnya, Datuk Seri Eizlan Yusof berkata, sebagai agensi latihan di bawah Kami Sempoi, dia menyambut baik saranan supaya mereka yang mahu menceburkan diri dalam industri seni tahu senario sebenar dan bukan menganggap ia sama seperti dunia media sosial.
Penganjuran malam anugerah ini sebagai satu inisiatif untuk menghargai para host Tik Tok yang bernaung di bawah agensi ini. Ia juga sebagai memupuk semangat pencipta kandungan Tik Tok untuk terus sukses dan cemerlang dalam bidang penyiaran kandungan Tik Tok.
Zed berkata latihan dan pendedahan sebenar mengenai dunia lakonan dan seni perlu supaya pemengaruh ini lebih bersedia dan tidak menyusahkan pihak lain ketika di lokasi penggambaran misalnya.
Terdahulu pada majlis itu, seramai 64 pencipta kandungan Tik Tok diumumkan sebagai penerima anugerah daripada 10 kategori yang dipertandingkan.
Setiap penerima anugerah menerima pelbagai hadiah menarik antaranya dari Annisa Batik, Koperasi Al Nakah, Glamboot malah tajaan penginapan 4 hari 3 malam ke Krabi, Thailand oleh EDS Travel.
Dalam pada itu, Eizlan turut mengumumkan bakal bekerjasama dengan agensi umrah, Khadim Ummah melalui beberapa pakej umrah akan datang. – THE VOKAL