[V] “Untuk Dia, Saya Ada Masa!” – Shuib Sedia Hadapi Penat Jerih Naik Turun Mahkamah Saman Netizen
KUALA LUMPUR – Pelawak dan penyampai radio, Shuib bersedia untuk membawa seorang warganet yang memfitnahnya ke mahkamah demi menuntut keadilan.
Shuib ketika ditemui pada sidang akhbar hari ini berkata, saman terhadap Md Johan Dihani Mohd Zaidi diteruskan sebagai pengajaran dan teladan kepada semua pihak.
“Saya sedar, akan jadi leceh untuk hadapi segala prosedur ini tetapi mungkin dia yang nak saya buat macam ni,” ujarnya.
Sementara itu, Shuib juga berkata, dia percaya penyebaran fitnah dan maklumat palsu berupaya merosakkan reputasi pihak-pihak yang tidak bersalah.
Tambahnya, tanggungjawab untuk menentang fitnah bukan sahaja terletak pada individu yang dianiaya, tetapi juga sebagai sebuah masyarakat.
“Saya ingin tegaskan bahawa saman fitnah ini bukan hanya sebagai seorang individu, tetapi ia langkah proaktif untuk melawan budaya fitnah,” jelasnya. – THE VOKAL