[V] “Sampai Ke Lubang Cacing Aku Cari!” – A Aida Mahu Datuk S Lunaskan Hutang RM1.3 Juta Dengan Segera
KUALA LUMPUR – Penerbit sensasi, Datuk A Aida hari ini menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap seorang individu berstatus Datuk yang berhutang dengannya sebanyak RM1.3 juta.
Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang ketika dihubungi memberitahu, lelaki bernama Dato’ S itu sebelum ini pernah mendatanginya kerana mahu membuat pinjaman.
“Namun, dia kekurangan modal dan memerlukan bantuan kewangan daripada saya dengan menjadikan perniagaan resort miliknya sebagai cagaran.
“Pendek cerita, projek diusahakannya itu gagal dan saya menuntut janji yang telah dipersetujui,” jelas pemilik produksi A Aida Productions itu.
Tambahnya, Dato S memberikan pelbagai alasan apabila tuntutan terhadap janji tersebut dibuat termasuklah mengatakan tanah resort berkenaan sebenarnya milik isterinya.
Ekoran janji yang dimungkiri individu terbabit, Aida berkata, dia sudah pun berbincang dengan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang.
Penerbit itu juga menyifatkan Dato S adalah sejenis orang yang tidak takut mati kerana di akhirat kelak, perhitungannya amat dahsyat. – THE VOKAL