[V] Bekas Penyampai Radio, Ismahalil Hamzah Menangis Terlepas Hukuman Mati Atas Dakwaan Edar Ganja
KUALA LUMPUR – Bekas penyampai radio, DJ Isma terlepas hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membebaskannya daripada tuduhan mengedar kanabis dengan anggaran berat 374.6 gram, dua tahun lalu.
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian selepas DJ Isma atau nama penuhnya Ismahalil Hamzah, 50, berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan
Dalam kes ini, pembelaan diwakili Peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar dan Adi Zulkarnain Zulkafli sementara pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Mohamad.
Sejurus keputusan diketahui, Ismahalil yang memakai baju-T dan berkopiah putih kelihatan terperosok ke bawah kerusi di kandang tertuduh.
Pada 6 September 2021, dia didakwa kali pertama di Mahkamah Majistret atas pertuduhan berkenaan. – THE VOKAL
Sumber: SUARA MERDEKA