Tunku Azizah Kongsi Siti Nurhaliza Hampir Hilang Nyawa – Imbau Pengalaman Perjuangan Lahirkan Zuriat Sulung
Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkongsi kisah sedih Datuk Seri Siti Nurhaliza hampir maut ketika melahirkan Siti Aafiyah.
Baginda berkongsi perkara itu dalam sidang media selepas berkenan merasmikan Pembukaan Alhaya Fertility Centre di Damansara Specialist Hospital 2 di Bukit Lanjan Kuala Lumpur.
“Siti is alive today is a miracle. She will never tell anybody, I will tell you today. Siti nearly die giving birth to Aafyah.“Keadaan Siti memang bahaya ketika itu dan hanya suaminya Datuk Khalid yang mengetahuinya.
“Kuasa besar Allah, Alhamdulillah Siti selamat dan dikurniakan sepasang cahaya mata menerusi kaedah IVF,” titahnya dalam sidang media di sini hari ini.
Siti Nurhaliza di sisi, sebak berkongsi momen berkenaan dan mengakui perkara itu satu pengalaman berharga buat dirinya dan bersyukur diberikan peluang oleh Allah untuk terus hidup dan membesarkan anaknya.
Malah, Siti juga mengakui dirinya bertuah kerana turut dikurniakan seorang lagi cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Afwa.
“Semua pun dah tahu perjalanan saya.Saya ada rakam dan tunjuk di YouTube bahawa hendak dapat cahaya mata sangat mencabar.
“Allah bagi saya macam-macam rezeki dari segi kerja dan sebagainya, Allah duga saya dari segi cahaya mata.
“Saya percaya Allah akan bagi tepat pada masanya, Allhamdulillah dengan apa saya lalui dan saya berehat setahun untuk IVF ketika mahu mendapatkan Aafiyah.
“Masa bersalin saya hadapi komplikasi. Saya tak banyak share dgn masyarakat Alhamdulillah Allah selamatkan saya dan saya ambil keputusan untuk buat kali kedua,” katanya.
Terdahulu, Siti berkongsi senyuman Aafiyah dan Afwa hari ni, adalah harapannya dan suami melalui kaedah IVF.
Tunku Azizah turut bertitah kaedah IVF antara usaha terbaik bagi pasangan yang memerlukan ikhtiar mendapatkan zuriat. – THE VOKAL