Tikam Kekasih Ketika Seks – Polis Selesai Siasatan
Polis sudah menyelesaikan siasatan terhadap kes seorang wanita menikam kekasihnya ketika melakukan hubungan seks di Dataran Lemang, Manik Urai di Kuala Krai, pada 1 April lalu.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya sudah menyerahkan hasil siasatan kepada pendakwa raya.
Menurutnya, siasatan awal yang dilakukan mendapati ketika kejadian itu berlaku hanya terdapat mangsa dan suspek sahaja.
Media sebelum ini melaporkan mayat seorang lelaki ditemukan di hadapan tandas awam Dataran Lemang Manek Urai dengan tiga kesan tikaman dipercayai dilakukan seorang wanita yang dipaksa melakukan seks oleh mangsa. – THE VOKAL