“Tiada Siapa Berkahwin Nak Bercerai…” – Bella Astillah Penat
Bella Astilah mengakui dirinya sudah terlalu penat berdepan dengan kemelut rumah tangga dengan Aliff Aziz.
Malah, harapannya agar penceraian berlaku hari ini sebagai noktah atas segala pahit yang ditempuh tidak menjadi kenyataan apabila Aliff enggan bercerai dan mahu mempertahankan rumah tangga mereka.
Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, berkata perceraian adalah perkara yang paling ditakutinya namun nekad berbuat demikian kerana sudah tidak sanggup lagi berada dalam keadaan sedemikian.
Hari ini, mahkamah menetap 4 Jun depan sebagai tarikh bagi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) selepas Aliff enggan menceraikan Bella hari ini atas alasan masih menyayanginya. – THE VOKAL