
TFC Kempunan Julang Juara, Dibenam JDT 1-3 Dalam Aksi Final Piala Malaysia 2023 Di Bukit Jalil
JDT muncul juara Piala Malaysia 2023 apabila menewaskan Terengganu di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kemenangan itu menyaksikan JDT memenangi kesemua piala musim ini iaitu Piala Sumbangsih, Piala FA, Liga Super dan terbaharu, Piala Malaysia.

Justeru, berdasarkan pencapaian yang baru diraih, ia menjadikan pasukan JDT selaku skuad bola sepak pertama menjuarai quadruple (empat kemenangan secara konsisten) selama dua tahun berturut.
Bukan itu sahaja, ia merupakan tahun kedua berturut-turut JDT menyapu bersih semua piala, kejayaan sama seperti dikecapi tahun lalu.

Ia juga merupakan kali keempat JDT memenangi Piala Malaysia selepas 2017, 2019, 2022, bahkan sejak 10 tahun lalu, skuad Harimau Selatan mendominasi Piala Kejuaraan Liga Super tanpa memberi kesempatan kepada pihak lawan.
JDT mendahului seawal minit ke-5 jaringan Bergson yang berjaya menyempurnakan sepakan penalti.

Terengganu bagaimanapun menyamakan kedudukan pada minit ke-20 hasil jaringan penalti yang disempurnakan oleh Ivan Mamut.
Kedudukan 1-1 kekal sehingga separuh masa pertama.
Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan sepanjang 20 minit di separuh masa pertama namun gagal menghasilkan sebarang gol.
Serangan JDT akhirnya berhasil apabila pemain gantian Feroz Baharuddin menjaringkan gol kedua JDT pada minit ke-72.
Terengganu cuba menyamakan kedudukan namun gagal berbuat demikian sehingga tamat perlawanan.
Hantaran di atas adalah pengumuman dibuat Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang menghadiahkan cuti peristiwa kepada seluruh negeri pada tarikh 9 Disember. – THE VOKAL