“Terpaksa Lari Dari Wad…” – DJ Lin Keluar Hospital Untuk Selesai Hal Pejabat
Penyampai radio paling prolifik DJ Lin memujuk doktor yang merawatnya supaya membenarkan dia cuti dari wad meskipun keadaan kesihatan belum pulih sepenuhnya.
Pengendali segmen Suria Cinta di Suria FM itu berkata, dia tidak boleh tinggalkan pejabat terlalu lama kerana banyak urusan akan tertangguh.
Pengurus Besar Suria FM itu dimasukkan ke wad selepas menghidap bronkitis sinus lebih seminggu pertengahan bulan lalu.
Dia berkata, doktor sudah bekalkan ubatan dan rawatan sepanjang berada di rumah serta perlu kembali ke hospital selepas ini.
Ditanya mengenai perkembangan Suria FM, DJ Lin berkata stesen itu mengucapkan terima kasih kepada pendengar yang terus menyokong tanpa jemu.