Terlentok Di Dada, Berlaga Pipi, Shakilla Khoriri Perjelas Dakwaan Ada Skandal Dengan suami Orang
KUALA LUMPUR – Pelakon Shakilla Khoriri tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan yang mengatakan dia menjalin hubungan cinta dengan seorang individu berstatus suami orang.
Ketika dihubungi media, Shakilla berkata, dia tidak menolak kemungkinan sekiranya ada individu yang sengaja mencetuskan kontroversi tersebut kerana mahu memburukkan namanya.
Malah, dia terbuka sekiranya bertemu secara empat mata dengan individu yang mendakwanya.
“Saya rasa ada individu di sebalik perkara ini dan dia mengenali siapa saya. Kalau ada masalah, boleh saja terus hubungi saya tanpa perbesarkan isu tersebut.
“Jumpa saya terus sebab fitnah yang disebarkan ini sangat melampau!” tegasnya.
Dalam pada itu, Shakilla berkata, sejak bergelar ibu tunggal dan bergerak solo, dia sering bertemu dengan orang ramai atas urusan kerja.
Oleh itu, tidak mustahil sekiranya ada pihak yang tersalah anggap mengenai perkara tersebut.
Sejak kembali solo dan tidak terikat dengan mana-mana hubungan, saya berjumpa dengan ramai orang, termasuk urusan kerja dan bisnes.
“Kelompok kawan saya sekarang sudah berubah dan tidak sama seperti dahulu, malah bukan hanya dalam kalangan selebriti sahaja.
“Adakalanya saya perlu berjumpa dengan penerbit bagi tujuan kerja tapi orang salah sangka mengatakan saya keluar dengan suami orang,” katanya.
Justeru, aktres berusia 34 tahun itu berkata, dia enggan mengambil pusing isu berkenaan dan memilih untuk tidak memanjangkannya lagi.
“Sebenarnya saya malas nak layan tapi bila saya diam, orang yang sebar fitnah akan melampaui batas.
“Saya rasa tak perlu saya keruhkan keadaan kerana ia akan memberi kesan buat keluarga, terutamanya anak perempuan saya (Ameena),” tambah Shakilla.
Terdahulu, kecoh di laman sosial selepas tular beberapa keping foto yang menyaksikan aksi mesra Shakillla bersama seorang lelaki.
Malah, dikatakan lelaki berkenaan sudah pun mendirikan rumah tangga dan memiliki cahaya mata.
Mengejutkan lagi, apabila dakwaan itu mengatakan lelaki tersebut seorang ahli perniagaan dan pernah mengikuti Shakilla ke Sabah bagi menjalani penggambaran sebuah program televisyen.
Imbas kembali, Shakilla pernah mendirikan rumah tangga dengan penyampai radio Fizi Ali pada 18 Februari 2018, namun disahkan berpisah pada Disember 2021.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ameena Sofia yang kini berusia empat tahun. – THE VOKAL
Sumber: XTRA