
Syasya Tidak Bersama Dolla – Masih Ada Kontrak Dengan Universal Music Malaysia
Susulan pengunduran Syasya iaitu bekas ahli kumpulan Dolla, Universal Music Malaysia memberitahu dia masih mempunyai kontrak dengan syarikat rakaman berkenaan.
Menurut Pengarah Urusan Universal Music Malaysia Kim Lim, kontrak Syasya secara rasminya masih belum tamat dan dia masih dengan Universal Music Malaysia.
“Dolla mempunyai kontrak individual yang ditandatangani dan mereka bertanggungjawab berkongsi mengenai perancangan masing-masing.

“Syasya sudah berbincang dengan saya dan ahli kumpulan mengenai keputusannya untuk meninggalkan Dolla dan berkahwin.
“Buat masa sekarang, syasya memilih berhenti buat sementara waktu dan kami hormat dengan keputusannya,” katanya semasa sidang media selepas Majlis Sambutan Rumah Terbuka Universal Music Malaysia.

“Mengenai Syasya tampil solo dengan lagu baru atau perancangannya selepas ini, kami akan maklumkan kemudian,” katanya.
Syarikat rakaman tersebut tidak mempunyai apa-apa perancangan mengambil ahli baharu menggantikan tempat Syasya tahun ini.
“Bagi saya, mereka bertiga sudah bagus,”katanya.

Pihak Universal Music Malaysia berkongsi Dolla bakal mengadakan konsert dan bakal mengumumkan album terbarunya dalam masa terdekat. – THE VOKAL