Syasya Dolla Biadab, Buat Mimik Muka Dan Tunjuk Reaksi Kurang Ajar Ketika Ulas Isu Minum Arak
Sebelum ini tular kisah seorang anggota kumpulan Dolla iaitu Syasya yang dilihat meminum arak ketika berhibur di sebuah kelab malam.
Hal itu heboh diperkatakan umum, apatah lagi Syasya adalah seorang Melayu Muslim.
Namun baru-baru ini, penyanyi wanita itu didakwa berkelakuan biadab ketika ditemu bual pihak media berhubung isu terbabit.
Memetik Utusan Malaysia, cucu kepada dramatis Rozie Othman itu disifatkan tidak profesional kerana membuat mimik muka menjengkelkan.
Bahkan gadis tinggi lampai itu dianggap kurang ajar kerana memberikan reaksi negatif mengenai dakwaan tersebut, malah lebih teruk melepaskan peluang untuk membersihkan nama baiknya.
Diharapkan hal ini dapat dijadikan pengajaran kepada anggota Dolla yang lain dan semua artis. – THE VOKAL
Sumber: UTUSAN