Suspek Direman Tujuh Hari – Hafizul Disiasat Akta Senjata Api
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, direman untuk siasatan lanjut.
Reman suspek dikenali Hafizul Harawi yang ditahan semalam di Jalan Bayam, di sini bermula hari ini hingga Isnin, untuk siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid.
Terdahulu, Hafizul yang memakai baju lokap tiba di Mahkamah Kota Bharu pada 8.30 pagi dengan dikawal ketat polis.
Dia ditahan di Jalan Bayam pada 3 petang semalam selepas 36 jam melarikan diri.
Suspek ditahan di hadapan sebuah hospital swasta oleh Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kelantan. – THE VOKAL