
Speaker Sah Terima Notis Dari Bersatu Bagi Pengosongan Enam Kerusi Ahli Parlimen Parti Itu.
KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengesahkan telah menerima notis daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berhubung arahan untuk mengosongkan kerusi enam Ahli Parlimen parti itu yang menyokong Perdana Menteri.
Jelas beliau, keputusan berhubung kedudukan wakil rakyat berkenaan akan diputuskan dalam tempoh 21 hari selepas menerima notis tersebut.
“Saya baharu dapat surat dari Beluran (Datuk Seri Ronald Kiandee) pada Jumaat lalu dan mengikut undang-undang saya ada 21 hari untuk mengkaji.
“InsyaAllah apabila saya sudah ada keputusan, saya akan jawab dan panggil anda semua untuk beritahu.
“Jadi tolong bersabar. InsyaAllah saya ada 21 hari untuk mengkajinya,” katanya di sini pada Isnin.
Sumber : Astro Awani