Siti Nurhaliza , Ziana Dan Anuar Zain – Hadir Konsert Liza Hanim
Penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza antara rakan artis yang hadir pada konsert sulung penyanyi Liza Hanim yang diadakan di Zepp KL di sini.
Diva Ziana Zain dan adiknya Anuar turut hadir memberikan sokongan kepada penyanyi lagu Siapa Sangka Siapa Menduga dalam konsert Liza Hanim 27 Years Journey In Concert.
Liza atau nama sebenar, Haliza Hanim Abdul Halim berkongsi rasa terharu dengan sokongan kesemua penyanyi hebat dan ikonik negara itu.
Mengakui dirinya kurang sihat, Liza tetap meneruskan persembahan dengan sebaik mungkin mengalunkan lagu-lagu yang membawa dirinya mencipta tapak dalam industri seni negara.
Liza turut menampilkan satu segmen khas Tribute Allahyarham Tan Sri P Ramlee.
Antara rakan artis lain yang hadir ialah Jaclyn Victor, Nikki Palikat, Noryn Aziz, Aisha Retno, Dina Nadzir, Haziq Husni dan Dafi Ismail.
Liza juga larut dalam emosi dan menitiskan air mata ketika mendendangkan lagu Tiada yang membawa kenangan arwah bapanya.
Malah nyanyiannya terhenti seketika sebelum menyambung semula selepas mendapat tepukan gemuruh penonton.
Liza menyampaikan 31 buah lagu termasuk My Heart Will Go On nyanyian asal Celine Dion sebagai lagu encore
Konsert anjuran LH Media Sdn Bhd bersama Laugh Out Loud Entertainment itu mendapat sambutan peminat yang memenuhi ruang termasuk di VIP Box – THE VOKAL