Siti Alami COVID-19 Kali Kedua, Risau Masalah Peti Suara Berulang
Biduanita Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin mengakui ada gundah yang bersarang di hatinya selepas berdepan dengan jangkitan COVID-19 kali kedua minggu lalu.
Penyanyi lagu Percayalah itu yang kini sudah selesai menjalani kuarantin mengakui risau sekiranya jangkitan itu mengganggu peti suaranya lagi.
Menurutnya, jangkitan kali kedua ini benar-benar mencabar dan menyakitkan berbanding jangkitan kali pertama yang dialaminya.
Mengulas keadaan suaranya terkini, penyanyi nombor satu negara berkata, dia bersyukur kerana dapat kembalikan suara yang lebih ‘ringan’ dan boleh kembali menyanyikan lagu lamanya.
Terdahulu, Siti pernah dijangkiti COVID-19 pada pada 2022 sehingga menyebabkan masalah pada peti suaranya.
Siti ditemui di Majlis Ukhuwah dan Apresiasi serta Pelancaran Kempen Jihad Yayasan Nurjiwa yang berlangsung di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur. – THE VOKAL