Selebriti Usahawan Terkenal Didakwa Amal Sihir Penarik, Ada Bilik Khas Untuk Ritual Ilmu Hitam
KUALA LUMPUR – Diam tak diam, muncul dakwaan mengatakan seorang selebriti yang juga penyanyi bertudung dan manis orangnya ini mengamalkan kerja khurafat iaitu sihir.
Sememangnya tak disangka, penampilan selebriti itu yang manis berhijab seperti tidak dapat menghalang dia daripada mempercayai amalan syirik itu.
Jika sebut sahaja nama selebriti tersebut, satu nusantara mesti mengenali dan dia juga dikatakan gemar mencetuskan kontroversi sebelum ini.
Kata sumber, penyanyi itu sudah lama mengamalkan sihir dan hanya melakukannya kerja terkutuk itu di rumah.
Malah ada bilik ‘khas’ di kediaman selebriti berkenaan, yang khusus untuk perkara-perkara syirik selain tiada sesiapa dibenarkan masuk ke dalam bilik itu.
Tak diberitahu sebab apa, tapi sumber mendakwa, dalam bilik itu tiada barang berharga seperti duit atau barang kemas, tapi ada bau yang tak begitu selesa ditinggalkan di ruang tersebut.
Ada juga contoh amalan yang pernah dibuat selebriti itu yang difahamkan dilakukan bertujuan untuk pemanis wajah agar orang senang mendekatinya namun lebih baik dirahsiakan sahaja.
Kata sumber, antara lain sebab dia melakukan sihir agar orang suka padanya, kiranya sebagai daya penariklah. Maklumlah, dia pun orang berniaga.
Usia pun dah bau-bau tanah, harap sempat bertaubatlah ya! – THE VOKAL
Sumber: UTUSAN