Sekilas Sabtu : Ringkasan Berita Menarik 13 Januari 2024
- Ella Berhajat Tunai Haji – Senarai Wishlist Paling Atas
Ratu rock Ella berkongsi impian bersempena kehadiran tahun baharu dengan berharap hasrat menunaikan ibadah haji dapat direalisasikan tahun ini.
Kata pemilik nama sebenar Nor Zila Aminuddin, 57, beberapa perancangan lain membabitkan kerjaya seni turut berada dalam senarai teratasnya bagi 2024.
- Mangsa Banjir Berkurangan – Hanya 14 PPS Masih Buka
Jumlah mangsa banjir di Johor terus berkurangan apabila setakat pukul 5 petang tadi, hanya seramai 1,495 mangsa masih ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding seramai 4,940 mangsa sebelum ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Tan Sri Dr. Azmi Rohani memberitahu, jumlah terkini itu melibatkan 446 keluarga di lima daerah.
- Ariana Grande Jawab Guna Lagu – Lagu Yes and? Untuk Pengutuk
Penyanyi Ariana Grande menjawab segala kontroversi membabitkan dirinya menerusi video muzik terbaharu bertajuk Yes, and ?.
Menerusi lirik lagu tersebut, Grande cuba menyampaikan mesej kepada individu-individu yang selama ini mengutuk dirinya menerusi lirik berbunyi:
- Pendekar Awang: Darah Indera Kutip Setengah Juta – Tempoh 12 Jam Tayangan
Filem terbitan Studio Kembara, Pendekar Awang: Darah Indera Gajah berjaya mencatat kutipan di pawagam sebanyak RM500,000 selepas 12 jam ditayangkan.
Berita baik itu dikongsikan produksi Studio Kembara dalam laman Instagram (IG).
- Anggota Tentera Ditetak – Hutang Jadi Punca
Seorang anggota tentera berpangkat Koperal, cedera pergelangan tangan kiri akibat ditetak dengan parang oleh tiga individu tidak dikenali yang menyerangnya malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 malam ketika mangsa yang berusia 31 tahun itu selesai mengeluarkan wang di sebuah bank dekat Sungai Udang, Melaka.