Sekilas Sabtu : Lima Rangkuman Berita Menarik 6 April 2024
- Zaquan Adha Lapor Polis – Dakwa Difitnah Rita Rudaini
Dituduh batu api dalam rumah tangga abang kembarnya dengan pelakon Rita Rudaini, bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Seremban, Negeri Sembilan, sebentar tadi.
Menurut Zaquan, tindakan tegas diambil berhubung dakwaan berunsur fitnah dilemparkan bekas kakak iparnya itu.
- Baru Ingat Keluarga? – Keluarga Bidas Bella Astillah
Itu antara pendedahan seorang wanita bernama Aira Rasyida, dipercayai ahli keluarga pelakon dan penyanyi, Bella Astillah yang tampil mempertahankan tuduhan ke atas adiknya, Eriqa Astillah.
Menerangkan situasi sebenar yang berlaku selepas Bella membuka mulut, Aira seolah-olah meluahkan rasa geram dan marah dengan menyifatkan Bella sebagai artis bodoh kerana mempertahankan suami yang disifatkan bernafsu buas, berbanding ahli keluarga sendiri.
- Tiga Kali Ganda Kenderaan Masuk Johor – Sejak Semalam Sempena Raya
Lebih 300,000 kenderaan termasuk dari Singapura memasuki negeri ini semalam, susulan bermulanya cuti Hari Raya Aidilfitri.
Ketua Polis Johor Komisioner M Kumar berkata, jumlah itu meningkat tiga kali ganda berbanding hanya kira-kira 100,000 kenderaan memasuki negeri ini sehari pada hari biasa.
Katanya, kesesakan dan peningkatan jumlah kenderaan di lebuh raya dan jalan-jalan negeri berlaku bermula semalam, susulan anak perantau mula pulang ke kampung.
- Aliran Trafik Perlahan – Semua Lebuh Raya Utama
Aliran trafik dilaporkan tinggi dan perlahan di beberapa lebuh raya utama berikutan pertambahan kenderaan sempena cuti sambutan Aidilfitri.
Setakat 3.30 petang, terdapat pertambahan kenderaan keluar dari ibu kota dengan trafik perlahan dilaporkan di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK).
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik perlahan dari Gombak menghala ke Stesen Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan, kawasan pendakian menghala terowong Genting Sempah disebabkan sebuah treler rosak di Kilometer 35.3.
- MPV Langgar Jengkaut – Tujuh Sekeluarga Cedera
Tujuh sekeluarga cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka melanggar jengkaut di Kilometer 21 Jalan Sitiawan-Teluk Intan, dekat Ladang Arcadia, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, hasil siasatan awal di lokasi mendapati, kejadian membabitkan seorang lelaki pemandu jengkaut berusia 63 tahun yang sedang dalam perjalanan dari Kayan ke arah Sitiawan.