Sekilas Sabtu : Lima Rangkuman Berita Menarik 27 Januari 2024
- Daim Didakwa Isnin – Gagal Notis Isytihar Harta
Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen di sini Isnin ini berhubung gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta.
Daim berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil rakaman percakapan beliau, semalam.
- Jangan Hanya Janji Pilihan Raya – Agong Titah Selesai Isu Banjir
Isu banjir yang setiap tahun menghantui penduduk di Sungai Lembing di sini, perlu diselesaikan segera oleh pihak berwajib bukan hanya berjanji menyelesaikan permasalahan tersebut setiap kali musim pilihan raya.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, Seri Paduka mahu melihat Sungai Lembing yang merupakan bandar bersejarah diselenggara dengan baik dan tidak ketinggalan dari aspek pembangunan.
- Harimau Malaya Boleh – Mampu Bersaing Peringkat Antarabangsa
Kejayaan Harimau Malaya mengikat Korea Selatan dalam aksi Kumpulan E Piala Asia, semalam membuktikan pemain skuad negara boleh bersaing di peringkat antarabangsa.
Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon berkata, keputusan dalam pertembungan dengan pasukan ranking ke-23 dunia itu adalah hasil usaha keras pemain yang tidak kenal erti penat dan berjuang hingga wisel penamat.
Bagaimanapun, Pan Gon mengakui bahawa Korea Selatan tetap berada pada tahap yang berbeza dengan pemain Harimau Malaya yang bergelut untuk mengimbangi serangan skuad bimbingan Jurgen Klinsmann.
- Ops Menyelamat Tanah Runtuh Tamat – Dua Lagi Mangsa Ditemukan
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kejadian tanah runtuh di Batu 59, Blue Valley, Cameron Highlands tamat selepas dua lagi mangsa ditemukan.
Mangsa dikenal pasti sebagai Shing Law Har, 56, dan Om Myu, 37 ditemukan pada pukul 6.10 petang dan 6.50 petang dengan jarak antara kedua-duanya sejauh lima meter sekali gus mencukupkan jumlah lima mangsa yang tertimbus.
Penamatan operasi diumumkan Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintenden Azri Ramli dalam sidang media pada Sabtu.
- Masitah Doa Dapat Lihat Kembali – Tidak Akan Putus Harap
Peluang mengerjakan ibadah umrah pada November tahun lalu membuatkan pempengaruh dan usahawan Masitah Mohd Affandy yang dahulunya normal namun buta kedua matanya selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 21 Mac tahun lalu sentiasa berdoa agar diberikan rezeki untuk melihat kembali secara normal.
Kata Masitah, meskipun menyedari kebarangkalian untuk melihat agak sukar, tapi dia tidak pernah berputus asa.
- THE VOKAL