Sekilas Ahad : Lima Rangkuman Berita Menarik 18 Februari 2024
- Cakra Kagumi Peniaga Burger OKU – Jemput Ke Konsert
Penyanyi popular Indonesia mengakui kehidupan wanita Orang Kelainan Upaya (OKU) bernama Eerah yang menjual burger sehingga tular dalam media sosial baru-baru ini banyak mengajarnya erti kehidupan.
Kata Cakra, 32, dia juga tidak menyangka Eerah muncul di pentas pada konsert A Decade Cakra Khan 2.0 Live in Kuala Lumpur di Plenary Hall Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) semalam.
- Ahli Perniagaan Dikhuatiri Lemas – Ditarik Ombak Besar
Keseronokan seorang ahli perniagaan bersiar-siar di gigi pantai bertukar tragedi apabila dia dikhuatiri lemas apabila ditarik ombak di Pantai Batu Burok di Kuala Terengganu hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 11.20 pagi tersebut, mangsa, Zulkarnain Mohamed Zubir, 44, ditarik ombak besar musim tengkujuh itu sambil disaksikan isterinya, Nora Elina Abdul Khalit, 44, dan dua anak mereka.
Nora Elina berkata, sewaktu kejadian, dia dan dua anaknya berusia sembilan dan 11 tahun bermain pasir, manakala suaminya pula berjalan-jalam di gigi pantai.
- Wanita Palsu Hamil – Kaut Lebih RM500,000
Seorang wanita di Itali memalsukan 17 kehamilan sejak 24 tahun lalu bagi membolehkannya menerima manfaat bersalin sebanyak €110,000 (RM566,612), lapor laman berita Oddity Central semalam.
Barbara Ioele, 50, diberi cuti bersalin selama bertahun-tahun dan menerima manfaat yang dibayar oleh kerajaan selepas memalsukan kehamilannya.
Berdasarkan dokumen-dokumen yang difailkan oleh Ioele, dia dilaporkan hamil sebanyak 17 kali dengan 12 kali keguguran.
- Curi Emas Betul Ibu Mentua – Ganti Emas Palsu
Curi barang kemas ibu mentua sebelum digantikan dengan yang palsu.
Itu helah digunakan seorang penganggur yang ditahan kerana disyaki mendalangi perbuatan itu di sebuah rumah di Taman Pandan Mesra, Ampang dekat sini, 11 Februari lalu.
Kejadian disedari pemilik barang kemas iaitu wanita berusia 55 tahun selepas mendapati satu gelang tangan dan rantai leher emas yang disimpan dalam laci almari di bilik tidur rumahnya, lesap kira-kira jam 3.30 pagi.
- Terlepas Pertahan Kejuaraan – Malaysia Tewas Kepada China
Malaysia tewas di tangan China 0-3 pada aksi final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC).
Keputusan itu menyaksikan skuad lelaki negara gagal dalam misi untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi dua tahun lalu.
Pada aksi di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) di sini, skuad negara tempang apabila pemain perseorangan utama, Lee Zii Jia tidak dapat diturunkan kerana masalah resdung dan kesukaran untuk bernafas.
- THE VOKAL