Sasar 2 Juta Pengunjung, Nilai Jualan RM20 Juta – ABxGR24 Berlangsung 66 Jam Tanpa Henti
Festival jualan popular setiap kali menjelang Syawal, Absolut Bazaar X Gaya Raya 2024 (ABxGR24) bakal berlangsung selama 66 jam tanpa henti dengan sasaran dua juta pengunjung.
Festival raya itu bakal bermula pada 12 tengahari 29 Mac tanpa henti hingga 6 pagi 1 April ini di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
Festival raya anjuran bersama My Events International dan Absolut Events & Management buat kali ketiga ini juga bakal mengadakan ABxFGR24 di Persada Johor pada 22 hingga 24 Mac 2024.
Ketua Pegawai Eksekutif My Events, Hemma Candy berkata, pihak penganjur mensasarkan sebanyak 720 tapak reruai dengan sasaran jualan lebih RM20 juta daripada pempamer dan menarik seramai 2 juta pengunjung untuk memeriahkan festival raya ini.
Beliau berkata, pihak penganjur berharap agar pengunjung dapat merasai pengalaman membeli belah yang memuaskan di bawah satu bumbung.
ABXFGR terus berkembang secara progresif pada kadar 25 peratus setiap tahun. Pencapaian ini memberikan peluang yang baik kepada usahawan dan pemilik perniagaan kecil, terutamanya kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Pada majlis itu, penganjur turut mengumumkan penyertaan Media Prima Berhad sebagai Rakan Rasmi Media untuk ABxFGR2024 yang akan membantu menyampaikan liputan besar besaran ke seluruh negara melalui saluran televisyen, radio, dan platform media.
Sementara itu, Penganjur bersama, Ben Ali berkata, ABXFGR tahun ini akan dihadiri lebih 100 selebriti ternama, artis, dan hiburan tanpa henti yang merangkumi bintang-bintang besar.
Selain itu, ABxFGR24 akan mengadakan pelbagai aktiviti antaranya Money Chamber, Wheel of Fortune, Hamper Raya, dan Happy Hour yang menawarkan lebih daripada RM250,000 nilai ganjaran keseluruhan yang boleh dimenangi.
Bagi mengikuti perkembangan terkini festival raya itu, kunjungi laman sosial dan portal rasmi ABxFGR24 antaranya ialah:
FB – https://www.facebook.com/FestivalGayaRaya
IG – https://www.instagram.com/absolutbazaar/
- THE VOKAL