Sapu Lelaki Perempuan – Selebriti Pasang Dua Kekasih
Sensasi by Che Vee
Macam-macam hal yang bertiup dalam radar industri hiburan, ibaratnya lepas satu satu yang jadi.
Bukan setakat pencapaian artis tak kurang juga kisah panas yang sampai ke telinga Che Vee bila sesekali bersua dengan teman-teman.
Kadang-kadang tak payah jumpa teman, DM Che Vee pun penuh ya, ada saja perkhabaran disampaikan dengan watikah bergambar. Ader?
Terbaru terkejut juga Cik Vee (sambil urut dada baru nampak elemen terkejut) bila dapat cerita ada selebriti ni bukan main pasang kekasih dua sekali gus.
Hebatnya kamu, setiap satu jantina ada kekasih dia. Perempuan ada, lelaki juga setia bersama.
Ingat line telefon je dah sampai level 5G, rupanya bab kekasih hati ini pun dah pelbagai versi.
Khabarnya, harmoni sungguh hubungan madu pening-pening lalat mereka ini (ye la dekkk dual band kan she he dia ada ya). Siap sama-sama boleh keluar, makan-makan bertiga.
Tapi tak tahu pula status sebenar sama ada sesama mereka tahu atau tidak yang mereka dimadukan selebriti lelaki itu.
Yang perempuan kemain berjanji setia ke akhir hayat puncak Himalaya sanggup ku tawan, yang lelaki pula memang kasih ku pertahankan!
Macam-macam ya, memang pelik tapi itulah hakikat sebuah kehidupan di kala dunia menuju akhir zaman. (eh Che Vee macam PU pula ya)
Sebagai selebriti, jangan ingat kita boleh kelirukan mata awam atau peminat anda. Jangan dekkk, netizen semua bijak belaka.
Kalau nanti dah kantoi jangan nafikan bersumpah Mahsuri segala. Senang cerita, bangkai kalau tutup dengan selori kelopak mawar pun lama-lama berbau juga.
Jangan mainkan perasan dan hati orang, pula-pula bila membabitkan hubungan terlarang. Siapa yang malu, mereka dan keluarga mereka!
Che Vee juga selalu ingatkan diri, sentiasa perbaiki dan berusaha jadi lebih baik dari sehari ke sehari! – THE VOKAL