Sah Nikah – Kakak Ipar Akui Aslam Dan Marissa Suami Isteri
Aslam sah menantu kepada pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi dan bergelar suami kepada Marissa Dania Hakim.
Kakak ipar kepada Aslam, mengesahkan adik iparnya sudah berkahwin dengan Marissa di Songkla, Thailand, pada Disember lalu.
Memetik laporan portal OhBulan! wanita dikenali sebagai Nadiah Mazlan itu mendedahkan secara ringkas, laporan media mengenai berita pernikahan itu adalah tepat.
Sejak semalam, berita pernikahan anak kepada pasangan selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi itu heboh diperkatakan sejak petang tadi.
Marissa, dan Aslam yang masih berstatus suami dan bapa kepada dua cahaya mata itu dikatakan melangsungkan pernikahan ketika isterinya, Misya Mazlan sedang menunaikan umrah.
Pada September lalu kecoh dalam media sosial apabila Misya tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan Marissa.
Misya menerusi satu hantaran di media sosial mendedahkan Marissa didakwa menjadi penyebab utama dirinya diceraikan suaminya.
Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula ketika dalam tempoh idah. – THE VOKAL