
Saddam Pittli Mengamuk – Samakan Larian Spartan Race Malaysia Macam Merentas Desa (VIDEO)
Baru-baru ini tular di media sosial, Saddam Pittli atlet arena sukan larian berhalangan meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap pihak penganjuran larian, Spartan Race Malaysia gara-gara terlajak 2.4 kilometer (km).

Menerusi perkongsiannya itu, Saddam mendakwa dia tersalah laluan dan berlari lebih sejauh 2.4 km dari peserta lain oleh kerana tiada krew atau marsyal yang menjaga di simpang laluan.
Malah pelari itu difahamkan mengamuk serta menyamakan larian berkenaan sama macam acara merentas desa.
“Sebelum ini pernah dalam beberapa race saya tersalah jalan dan mungkin itu kesilapan saya sendiri.
“Tapi kali ini, saya salah jalan disebabkan dari pihak penganjur, di mana satu simpang langsung tiada krew, marsyal atau volunteer.

“Apabila saya berlari kehadapan lagi dan bertanya pada staf Spartan Malaysia, mereka semua tidak tahu jalan dan saya terlajak dua km bukan dua meter (m) ya,” katanya.

Saddam berkongsi luahannya, dia sebagai atlet dan juga selaku ‘ambassador’ Spartan Race Malaysia sangat malu dengan penganjuran sebegini dan menggangap ianya standard larian merentas desa.
“Sebelum race semangat untuk menang, tapi lepas race, semangat nak maki pihak penganjur macam bab*!,” katanya.

Meninjau diruangan komen, netizen berpandangan pihak penganjur harus teliti dan mengambil berat pengurusan acara.
Lebih-lebih lagi apabila melibatkan keselamatan dan kebajikan pelumba yang terlibat.
“Harap @spartanracemalaysia mengambil perhatian dan bertanggungjawab dengan baik kepada pelumba yang kecewa mengenai perkara ini.

“Saya telah menyertai acara luar yang besar sejak 2005 (triatlon, MTB dan perlumbaan lasak), tidak semua dapat mengekalkan kualiti acara tahun demi tahun terutamanya apabila matlamatnya untuk mengaut keuntungan berbanding kualiti,” kata netizen. – THE VOKAL