Ronaldo Dapat RM50 Juta – Juventus Diarah Bayar Gaji Tertunggak
Keputusan mahkamah mengarahkan Juventus membayar gaji tertunggak bekas penyerangnya, Cristiano Ronaldo sekitar RM50 juta.
Bintang pemain bola portugal yang kini berkhidmat dengan Arab Saudi mendakwa pembayaran gaji bulanannya ditangguhkan semasa berkhidmat dengan bekas pasukannya.
Hal tersebut berikutan pemotongan gaji yang dipersetujui semasa pandemik COVID-19 melanda dunia ketika itu.
Menurut sumber stadium astro, Juventus sebelum ini bersetuju dengan pemain mereka untuk menangguhkan empat bulan gaji pada Mac 2020 dan April 2021.
Walaubagaimanapun, Hakim Gianroberto Villa, Roberto Sacchi dan Leandro Cantamess memutuskan kelab bola sepak berkenaan agar tidak mengetepikan kewangan untuk menampung risiko itu.
Terdahulu, Ronaldo berkhidmat untuk Juventus pada tahun 2018 sehingga 2021. – THE VOKAL