Raya Dengan Dua Motosikal – Kempen Istimewa Ramadan Syawal Talia
Talia, jenama produk kecantikan dan penjagaan peribadi menawarkan dua buah motosikal untuk pelanggan sepanjang kempen jualan Ramadan dan Syawal kali ini.
Pengasas Talia, Datin Thalia Baiduri berkata motosikal berkenaan sebagai penghargaan buat pelanggan yang terus menyokong dan setia dengan jenama itu.
Thalia, 37, lebih mesra dengan panggilan Bunda Lia berkata, Dolly Milk juga diperkaya dengan bahan premium termasuk Korean Pearl Powder dan didatangkan dalam dua perisa iaitu strawberry serta honey dew.
Harga bagi setiap botol Dolly Milk ialah RM55 bagi Semenanjung Malaysia manakala RM60 untuk Sabah dan Sarawak.
Mengulas mengenai cara untuk memenangi dua motosikal itu, Talia berkata setiap pembeli perlu membuat dua pembelian produk Talia dan kongsikan dalam hantaran di media sosial serta tag lima rakan.
Sempena Syawal kali ini juga, lima edisi rekaan eksklusif baju raya dikeluarkan untuk digayakan pada pagi lebaran nanti.
Lima rekaan busana Syawal kali ini ialah Thalia, Arisya, Dahlia, Iman dan Baiduri.
Tambahnya, satu lagi produk Talia ialah Glam V iaitu membantu mengurangkan berat badan dengan perisa terbaharu latte.
Dalam usaha menggalakan lebih ramai usahawan dalam kalangan wanita Thalia juga mengalu-alukan mereka yang berminat menceburkan diri dalam perniagaan untuk bersama dengan jenama itu.
Kongsinya, jenama Talia juga sedang mengintai peluang untuk ke pasaran Indonesia dalam tahu ini menerusi produk Dolly Milk.
Beliau berkata, segalanya dalam perancangan dan akan diumumkan sebelum penghujung tahun ini.
Meskipun sibuk, Thalia mengakui beliau tidak pernah mengabaikan keluarga dan menguruskan rumah tangga setiap hari termasuk memasak.
Suri hati kepada Datuk Shahriza Amir itu berkata, walau apapun status seorang wanita, tugas sebagai isteri dan ibu perlu menjadi keutamaan.
Sementara itu, beliau juga mengakui Ramadan kali ini sangat bermakna kerana dapat bertemu dengan bapa yang terpisah sejak 30 tahun lalu.
Bagi dirinya, bila diberikan rezeki bertemu semula, ini menjadi peluang terbaik untuknya membalas jasa bapanya.