Puteri Sarah, Nad Zainal Terharu – Terima Anugerah Khas MommyHanna
Susulan impak positif diterima syarikat MommyHana daripada perkongsian Nad Zainal dan Puteri Sarah di media sosial yang menyumbang kepada peningkatan tahap kredibiliti dan pengukuhan jenamanya, dua selebriti popular tanah air itu diberikan Anugerah Khas pada Majlis Pelancaran & Malam Anugerah MommyHana di Setia City Convention Centre, Shah Alam, baru-baru ini.
Perkongsian mengenai produk MommyHanna dibuat Nad Zainal dan Puteri Sarah melalui akaun media sosial masing-masing berjaya meraih jutaan tontonan, malah menjadi ‘viral’ sehingga manfaat produk syarikat yang terkenal dalam membantu perkembangan minda dan pendidikan kanak-kanak itu dapat disebar luaskan kepada umum.
Pengasas dan Pengarah MommyHanna, Hana Shahadan berkata, kandungan dihasilkan oleh dua selebriti wanita popular itu berjaya menyumbang kepada impak positif terhadap penjenamaan syarikat, sekali gus melayakkan mereka menerima Anugerah Khas.
“Nad Zainal dipilih disebabkan dia seorang pempengaruh yang membantu MommyHana daripada segi kandungan sehingga apa yang dihasilkan meraih tontonan keseluruhan sebanyak 10 juta.
“Kandungan dihasilkan bersama suaminya, Ungku Ismail memberi impak positif kepada masyarakat bagaimana perlunya sentiasa bermaafan dan mudah memaafkan. Mereka menghasilkan kandungan yang memberi impak baik kepada masyarakat sebagai keluarga, malah sebagai suami isteri. Disebabkan itu kami beri satu penghargaan kepada mereka.
“Puteri Sarah juga sama seperti Nad Zainal, tetapi dia adalah ikon ibu tunggal yang kita rasa sangat memberi impak positif kepada masyarakat di luar sana yang masa seorang wanita harus menjadi kuat untuk anak-anak. Jadi, kandungan dihasilkan Puteri Sarah menjadi ‘viral’ dengan mendapat jutaan tontonan, malah banyak memberi impak baik daripada segi kekeluargaan.
“Dia mengajar dan memberi nasihat bagaimana seorang ibu sangat menyayangi anak-anaknya. Kandungan ‘viral’ dihasilkannya menyebabkan kami rasa tersentuh dan ingin memberikan anugerah khusus kepada mereka kerana membantu MommyHana daripada segi kandungan dan pemasaran,” katanya.
Mengulas penganjuran Majlis Pelancaran & Malam Anugerah MommyHana bertemakan ‘Malam Pesona Klasik’ itu, Hana Shahadan berkata, ia diadakan bagi menghargai semua individu yang terbabit secara langsung atau tidak dalam membantu jenama mereka hingga ke tahap sekarang. Dua agen MommyHana turut diberikan hadiah berupa outlet MommyHana yang bernilai RM1,000,000 setiap satu.
Dua outlet Mommyhana ini terletak di pusat membeli belah yang cukup terkenal iaitu di AEON Bandaraya Melaka dan KL East Mall.Kedua-dua agen Mommyhana ini iaitu Norhafizal Kamil dan Siti Aisyah Syukor diberikan hadiah yang cukup bernilai ini lantaran komitmen mereka berdua yang sentiasa konsisten mendapat antara jualan tertinggi setiap bulan.
Sementara itu, lima duta baharu dalam kalangan pempengaruh atau personaliti media sosial diperkenalkan iaitu Rani Amanda dengan gelarannya Si Comel, Umar Al-Amsyar (Si Hensem), Syakila (Si Ibu Cantik), Bang Aji (Si Bam Bam) dan Aqil Zulkiflee (Si Abang Kacak).“Duta yang kita lantik lebih kepada pempengaruh TikTok.
Pernah ada artis dan TikTokers yang bersama dengan kami. Kebanyakan orang sekarang fokus kepada TikTok dan suka tengok ‘content’. Ia banyak dapat ditonton daripada TikTok dan kebanyakan audiens atau penonton ini mengenali TikTokers lebih cepat, jadi kita membuat sedikit kajian selama hampir setahun hingga dua tahun untuk mencuba dalam pasaran TikTok.
MommyHana adalah jenama yang menumpukan kepada mempromosikan nilai Islam melalui pelbagai penyelesaian dengan memenuhi keperluan keluarga Muslim moden. – THE VOKAL