Pukul Ibu 74 Sedang Tidur – Almari Kasut Jadi Punca
Entah apa dalam pemikiran seorang anak yang sanggup memukul ibu warga emas berusia 74 tahun sedang tidur
Lelaki penganggur yang juga anak mangsa tergamak memukul ibunya dengan kunci stereng di kediaman mereka sekitar Jalan Bunga Melor, Taman Muda Cheras.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, aduan dibuat oleh ibu suspek yang berusia 74 tahun.
Kata Mohd Azam, hubungan suspek dan ibunya tidak baik selama 10 tahun manakala mangsa juga tidak mempunyai masalah mental.
Jelasnya, kes disiasat bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan cedera parah dengan jalan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang berbahaya. – THE VOKAL