Pemain Bola Sepak TFC Mat Yat Dipukul – Mangsa Samun Atau Dendam
Pemain bola sepak kebangsaan yang turut menyertai pasukan Terengganu FC (TFC) musim ini Akhyar Rashid didakwa menjadi mangsa samun dalam kejadian di Terengganu seperti tular di sosial media.
Difahamkan, Akhyar turut mengalami kecederaan dalam kejadian itu.
Berdasarkan video yang tersebar dalam media sosial termasuk Facebook dan WhatsApp, pemain kelahiran Kedah itu dikatakan sedang berada di sebuah pusat perubatan untuk mendapatkan rawatan.
Memetik laporan Harian Metro, Akhyar atau lebih mesra dipanggil Mat Yat cedera dibahagian kepala kerana dipukul individu tidak dikenali.
Punca kejadian masih lagi tidak diketahui sama ada bermotifkan rompakan atau dendam manakala keadaan terkini pemain itu juga masih menjadi tanda tanya.
Akhyar menyertai TFC pada Februari lalu secara pinjaman dari juara Liga Super 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT).
Dia yang beraksi di bahagian serangan menjadi sandaran skuad Penyu untuk bergandingan bersama seorang lagi pemain yang dipinjam dari Harimau Selatan, Safawi Rasid. – THE VOKAL