Palsu Dokumen – Anak, Setiausaha Sulit Kanan Antara Yang Ditahan
Anak kepada seorang Menteri Besar antara enam individu yang direman sehingga esok oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
Dalam penahanan itu juga, turut direman adalah setiausaha sulit kanan seorang Menteri Besar.
Memetik laporan Harian Metro, sumber berkata, perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Ana Rozana Mohd Nor selepas tertuduh dibawa ke mahkamah, 8.45 pagi tadi.
Katanya, suspek ditahan sekitar jam 7 hingga 8 pagi, semalam sekitar Perlis.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM Putrajaya, Datuk Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan. – THE VOKAL