Nenek 83 Tahun Mengaku Berzina – Bakal Kena 100 Sebatan
Nafsu tidak pernah mengenal usia dan andai terlalu mengikut hati pasti merana diri.
Demikian yang berlaku membabitkan seorang nenek berusia 83 tahun sepatutnya bermanja dengan cucu, namun memilih seorang lelaki 40 tahun lebih mudah daripadanya untuk berasmaradana.
Dalam kejadian di wilayah Pidie, Aceh, Indonesia wanita warga emas itu ditangkap melakukan hubungan intim dengan seorang lelaki yang jauh lebih muda daripadanya.
Segala-galanya bermula selepas penduduk kampung ternampak Z mengunjungi rumah F.
Disebabkan curiga, mereka melaporkan perkara tersebut kepada ketua kampung sebelum membuat serbuan di rumah F.
Pasangan tersebut dibawa ke balai raya untuk soal siasat yang mana kedua-duanya mengaku sudah dua kali menjalinkan hubungan seperti suami isteri.
Mereka kemudian diserahkan kepada pihak berkuasa.
Memetik laporan Serambi News, kedua-duanya sudah menjalani perbicaraan di Mahkamah Syar’iyah Sigli.
Setelah melalui beberapa siri perbicaraan, majlis hakim yang diketuai Ketua Hakim Dra Rubaiyah menjatuhkan hukuman kepada keduanya pada Khamis lalu.
Dalam keputusan itu, hakim menyatakan bahawa F dan Z telah dibuktikan secara sah dan meyakinkan, sudah melakukan zina.