Nabila Razali Bertukar Jadi Mek Nab – Seronok Diterima ‘Sek Sek Kelate’
Mek Nab. Gelaran mesra diberikan buat penyanyi Nabila Razali yang kali pertama menyambut Syawal di negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu negeri kelahiran suaminya.
Penyanyi lagu Permatah Hati itu melahirkan rasa gembira kerana diterima baik sehingga saudara-mara serta penduduk tempatan memberi gelaran ‘Mek Nab’ kepadanya.
Katanya, penerimaan serta kemesraan orang kampung secara tidak langsung memadamkan kerisauan meraikan Syawal buat pertama kali berjauhan daripada keluarga.
Dia yang juga mesra disapa Bella, berkata suaminya, Nik Iruwan Nik Izani banyak membantu memudahkan urusan sepanjang berada di Negeri Cik Siti Wan Kembang.
Sebelum ini, Nabila meluahkan rasa berdebar tatkala berkongsi perasaan mahu pulang berhari raya di kampung halaman suami tercinta, Nik Iruwan Nik Izani.
Nabila dan ahli perniagaan, Nik Iruwan Nik Izani, 39, mendirikan rumah tangga pada 18 November tahun lalu.
Dia juga mendapat pujian netizen yang terhibur melihat Nabila tidak kekok berhari raya bersama keluarga suami dan saudara mara di Kelantan. – THE VOKAL