
Muka Baru Di Suria – Kai Hassan Sertai Suria FM
Kai Hassan atau nama sebenar, Abdul Karim Hassan bakal memulakan tugas sebagai penyampai radio di Suria FM bermula hari ini.
Kai bakal diperkenalkan menerusi kempen dan ‘Muka Baru di Suria’ pada di mana dia akan keudara bersama barisan penyampai di segmen Morning Morning Suria, Gaya Suria, Suria Petang, dan Suria Cinta.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin) optimis penyertaan Kai akan membawa impak baru.
“Kemasukan Kai Hassan sebagai penyampai baru di Suria FM kami yakin akan membawa impak baru dan di peringkat awal ini, Kai akan diberikan pendedahan serta pengalaman untuk mengendalikan semua segmen utama di Suria FM, iaitu Morning Morning Suria, Gaya Suria, Suria Petang dan Suria Cinta.

“Diharapkan dengan kemasukan Kai Hassan sebagai antara tunggak utama barisan penyampai Suria FM, akan membawa impak lebih baik dan positif dalam mengukuhkan lagi pasukan kami di tahun 2024, ”katanya.
DJ Lin turut mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada Kai diatas kesudian beliau untuk bergabung dan menjadi sebahagian daripada keluarga Suria FM sekaligus mengharapkan perubahan ini mampu meningkatkan lagi kualiti stesen radio Suria. – THE VOKAL