
Mia Sara Shauki Selesa – Bekerja Dengan Teman Lelaki Dalam Filem Sama
Bakat baharu Mia Sara Shauki mengakui dia selesa bergandingan dengan teman lelakinya, Firdaus Sufiyan dalam satu filem sama.
Menerusi lakonan filem Geng Kubur, Mia dan teman lelaki sepakat memilih bekerja secara profesional.

“Kami hanya menfokuskan hal kerja sahaja, di set penggambaran dia bukan teman lelaki saya.
“Ketika penggambaran, kami berdua tidak menyimpan perasaan marah jika ada terguris hati malah lebih santai bekerja secara kawan,” katanya kepada media selepas prebiu Malam Gala Geng Kubur semalam.

Dia menyatakan bahawa sudah mengenali teman lelakinya itu sebelum terpilih untuk berlakon dalam filem berkenaan.

Sementara itu, anak kepada Afdlin Shauki turut berkongsi dirinya gembira meraikan hari raya bersama dengan ahli keluarga baharu.

“Tahun ini kami menyambut raya dengan gembira bersama. Tidak ada apa yang dirisaukan setakat ini,”katanya.
Mia berkongsi hubungannya dengan ibu tiri masih rapat sama seperti dahulu sejak awal perkenalan.
Marcella, ibu tirinya sebelum ini pernah bekerja dengan ayahnya sebagai pengurus.
“Saya sebagai anak menerima apa sahaja yang ibubapa saya mahukan dan tidak akan menghalang mereka untuk gembira,”katanya.
Ditanya mengenai perkembangan projek penggambaran akan datang, dia bakal muncul sebagai ‘cameo’ menerusi cerita Harimau Malaya. – THE VOKAL