Memang Saya Baca Jampi – Thalia Mengaku, Tapi Bersebab
Usahawan selebriti, Datin Thalia Baiduri mengaku dirinya memang ada membaca jampi setiap kali memasak untuk menawan hati suami.
Beliau bagaimanapun berkata, apa yang dilakukan itu bersebab kerana mahu memastikan akan selalu menawan hati suami melalui air tangannya.
Walau bagaimanapun, pelakon Seindah Sakura itu berkata apa yang dibaca adalah doa yang diajar oleh ustaz menggunakan ayat Al Quran.
Terdahulu, Thalia, 38, ditanya mengenai hal itu apabila satu klip video konon dirinya mengaku sedang menjampi masakan tular dan mendapat pelbagai respon netizen.
Dalam siaran langsung itu, Thalia turut dipetik berkata dirinya memang membaca jampi untuk menundukkan suaminya, Datuk Shahriza Amir.
Ada netizen yang menyokong malah ada yang turut menegur Thalia dan mengatakan ia perbuatan syirik.
Pengasas produk kecantikan dan penjagaan peribadi jenama Talia itu berkata sebagai wanita, perlu sentiasa curi masa memasak untuk suami dan keluarga.
Sementara itu, Talia menawarkan dua buah motorsikal untuk pelanggan sepanjang kempen jualan Ramadan dan Syawal kali ini.
Beliau berkata motorsikal berkenaan sebagai penghargaan buat pelanggan yang terus menyokong dan setia dengan jenama itu.
Tambahnya, Dolly Milk juga diperkaya dengan bahan premium termasuk Korean Pearl Powder dan didatangkan dalam dua perisa iaitu strawberry serta honey dew.
Harga bagi setiap botol Dolly Milk ialah RM55 bagi Semenanjung Malaysia manakala RM60 untuk Sabah dan Sarawak.
Mengulas mengenai cara untuk memenangi dua motorsikal itu, Talia berkata setiap pembeli perlu membuat dua pembelian produk Talia dan kongsikan dalam hantaran di media sosial serta tag lima rakan.
Sempena Syawal kali ini juga, lima edisi rekaan eksklusif baju raya dikeluarkan untuk digayakan pada pagi lebaran nanti.
Lima rekaan busana Syawal kali ini ialah Thalia, Arisya, Dahlia, Iman dan Baiduri. – THE VOKAL