Mayat Warga Sweeden – Ditemui Dalam Kapal Miliknya
Seorang pelayar warga Sweden meninggal dunia dalam kapal layar miliknya yang berlabuh berhampiran perairan Kampung Patau-Patau di Labuan semalam.
Mayat Dick Thomas @ Svahn, 55, ditemukan oleh orang awam sebelum melaporkan penemuan tersebut kepada pihak polis pada pukul 7.16 malam.
Ketua Polis Labuan, Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, pihaknya dan anggota bomba mengambil masa hampir sejam untuk mengeluarkan mayat mangsa dari ruang kapal berkenaan.
Mohd Hamizi memberitahu, mayat lelaki asing itu dihantar ke Unit Forensik, Hospital Labuan untuk dibedah siasat