Maya Karin Kelihatan Ayu Bertudung, Persis Srikandi Tun Fatimah Dalam Kempen Promosi Sofea Rose
KUALA LUMPUR – Buat julung kalinya, perjuangan Tun Fatimah diraikan dalam kolaborasi istimewa Sofea Rose bersama aktres terkenal tanahair, Maya Karin sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-66.
Komited dalam menjadikan kolaborasi itu sebagai satu platform untuk menghargai perjuangan dan kebolehan pahlawan wanita setaraf dengan pahlawan lelaki, ia sekali gus menjadi penyumbang idea kolaborasi Sofea Rose X Maya Karin: Srikandi Tun Fatimah.
Maya yang pernah membawa sosok Tun Fatimah di pentas teater mengakui, dia sangat mengagumi keperibadian dan sahsiah pahlawan wanita itu.
“Adalah mudah untuk lari daripada tanggungjawab dalam memperjuangkan warisan dan peninggalan tokoh negara kita, tetapi saya rasa adalah lebih baik dan lebih mulia jika kita dapat cari semangat untuk mempertahankan serta menghidupkan kisah-kisah perwira tanahair ini selama mungkin,” ujar Maya.
Mengulas dari aspek rekaan, motif keris, corak batik, kipas tangan dan lakaran abstrak menjadi taruhan koleksi Srikandi Tun Fatimah untuk menghidupkan jiwa kepahlawanan melayu tetapi dalam masa yang sama menampakkan keanggunannya dalam setiap helai.
Ia menjadikan Sofea Rose cukup dikenali sebagai pengeluar hijab yang memperkenalkan bahan Premium Satin Silk terawal dalam industri.
Sementara itu, Pengarah Kreatif SofeaRose, Farrah Aina memberitahu, keluarannya kali ini diharap dapat mengimbau kembali jasa dan bakti Tun Fatimah selaku Srikandi Negara.
“Kami dengan rasa teruja ingin mengimbau kembali nama tokoh unggul, Tun Fatimah di bibir-bibir pewaris tanah melayu bagi menghargai jasanya yang amat berani mempertahankan Melaka daripada serangan Portugis pada suatu masa dahulu.
“Pada masa sama, kami berharap lebih ramai pihak akan mengambil bahagian dalam mengekspresikan kisah tokoh-tokoh terdahulu.” katanya.
Koleksi SofeaRose x Maya Karin: Srikandi Tun Fatimah telah dilancarkan di semua butik SofeaRose serta secara atas talian pada hari ini dan menampilkan tiga koleksi tudung bercorak, satu tudung sulam dan tiga beg jinjing (tote bag). – THE VOKAL