Lisa Blackpink Relaks Je, Tak Payah Bodyguard Pun – Peminat Puji Mesra Layan Peminat
Siapa tidak kenal Lisa Blackpink yang popular serta mendunia dengan kumpulan k-pop yang dianggotainya.
Berbanding dengan selebriti dan artis terkenal lain, penyanyi ini mendapat pujian netizen dan pemujanya yang disifatkan sangat mesra dengan peminat.
Terbaharu, Lisa dilihat sedang menikmati makan malam di sebuah restoran di negara kelahirannya iaitu Bangkok, Thailand menjadi tumpuan peminat.
Menerusi foto yang tersebar di media sosial, Lisa dilihat sedang makan bersama anak perempuan kepada pemilik jenama Samsung iaitu Lee Jae Yong.
Namun apa lebih menjadi tumpuan adalah ramai kagum dengan kemesraan Lisa dengan peminat yang menyapanya.
Lisa juga tampil santai dengan hanya mengenakan seluar jean yang dipadankan dengan kemeja T berwarna merah jambu serta berselipar.
Lebih menarik lagi apabila dia juga tidak dijaga oleh pengawal peribadi sehingga peminat berani untuk mendapatkan tanda tangan dan bergambar dengannya.
Ramai menganggap Lisa seorang yang artis yang baik dan mudah didekati apabila tidak berada di Korea Selatan.