Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah perkembangan politik semasa mendedahkan wujud tindakan pihak tertentu mahu menumbangkan kerajaan sedia ada amat menggusarkan kerana ia boleh merugikan dan menjejaskan kestabilan negara.
Titah baginda, urusan mentadbir kerajaan bukan mudah dan perubahan mahu dilakukan pihak tertentu sebelum tempoh pemerintahan ini berakhir tidak akan membawa negara ke mana-mana.
Turut hadir, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Al-Sultan Abdullah memegang tampuk kepemimpinan negara bermula 31 Januari 2019.
Memetik laporan Harian Metro, Al-Sultan Abdullah bertitah, kemelut politik negara hingga membabitkan pertukaran empat Perdana Menteri berbeza sepanjang lima tahun pemerintahan baginda memberi kenangan sukar diterima.
Baginda bertitah, apa yang berlaku membuktikan perubahan dimahukan rakyat dengan khidmat Perdana Menteri dalam tempoh singkat tidak memberi kebaikan langsung kepada negara.
Susulan itu, Al-Sultan Abdullah menggesa rakyat memahami kepentingan menjaga kestabilan negara untuk jangka panjang dalam usaha memacu perkembangan ekonomi ke peringkat lebih tinggi.