Lelaki Maut Berbalas Tembakan – Kejadian Ketika Op Laras
Seorang lelaki maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di kawasan jalan raya Bukit Kechik, Napoh, di Jitra, Kedah.
Dalam kejadian 5.30 petang itu, suspek berketurunan Cina ditemukan mati ekoran insiden berkenaan.
Suspek ditemui mati di tempat duduk pemandu hadapan kereta Proton Saga dalam keadaan berlumuran darah.
Kejadian berlaku ketika sepasukan pegawai dan anggota polis yang ketika itu melakukan rondaan Op Laras di lokasi kejadian.
Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh yang berada di lokasi bersama Timbalannya, Senior Asisten Komisioner Adzli Abu Shah melakukan tinjauan di lokasi.
Satu sidang media juga dijangka akan diadakan mengenai butiran kejadian itu. – THE VOKAL