Lekas Sembuh Tun M – Bekas PM Di IJN Sejak Januari
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini sedang menerima rawatan akibat jangkitan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.
Menurut jurucakap, beliau juga akan berehat untuk satu tempoh bagi proses pemulihan.
Beliau yang juga dikenali sebagai Tun M dimasukkan ke IJN pada 26 Januari lalu.
The Vokal mendoakan agar Negawarawan itu segera sembuh dan terus dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.
Terdahulu, perbicaraan kes saman fitnah Dr Mahathir terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dijadualkan pada Selasa ditangguhkan kepada 19 Julai ini.
Perkara itu diputuskan oleh Mahkamah Tinggi selepas Dr Mahathir disahkan sedang menerima rawatan di IJN.
Peguam yang mewakili Dr Mahathir, Mior Nor Haidir Suhaimi memaklumkan, anak guamnya juga diberikan sijil cuti sakit sehingga Sabtu ini kerana tidak sihat. – THE VOKAL