Leha Angkat Kisah ‘Pak Guard’ – Seleksi Filem Wayang Raya
Kerjaya ‘Pak Guard’ atau pengawal keselamatan antara kerjaya yang dipandang rendah namun hakikatnya mereka memainkan peranan penting.
Lantaran itu, Alfanazra Productions menghasilkan sebuah filem mengangkat mereka sebagai hero menerusi sebuah filem komedi berjudul Leha
Pengarahnya, Azaromi Ghozali berkata, dia tertarik untuk menghasilkan filem Leha kerana ia sebagai tanggungjawab sosial sebagai warga tempatan untuk mengangkat taraf pengawal keselamatan ke satu tahap yang lebih tinggi agar masyarakat memandang mereka ini mempunyai keberanian tersendiri, malah turut dilatih dengan latihan ala tentera.
Bercerita lebih lanjut mengenai filem berkenaan, Azaromi memberitahu menerusi filemnya itu, dia mengangkat dua orang pengawal keselamatan menjadi hero yang membantu membanteras sebuah kes jenayah.
Jelasnya, filem Leha ini mengisahkan tentang tiga orang pengawal keselamatan di sebuah kilang yang membantu menyelamatkan seorang gadis bernama Leha yang hampir menjadi mangsa culik gara-gara mempunyai maklumat dan dokumen mengenai jenayah pemerdagangan manusia di kilang berkenaan.
Filem berkenaan menampilkan barisan pelakon-pelakon popular seperti Ali Puteh, Kodi Rasheed, Dboy Hamdan, Silfeny Osman, Khir Rahman, Cat Farish, Deen Wahab, Ikhwan Khairudin, Bidin Al Zaifa dan ramai lagi.
Dalam pada itu, Azaromi menjelaskan kali ini dia memilih genre aksi komedi kerana ingin memberikan penonton berasa terhibur dengan lawak jenaka yang disampaikan dan secara tidak langsung dapat melihat kisah keberanian 3 orang pengawal keselamatan tersebut.
Mengenai cabaran yang dilalui sepanjang pembikinan filem Leha ini, pengarah itu mengakui menghasilkan sebuah filem komedi memang agar sukar.
Filem Leha akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 11 APRIL 2024 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti. – THE VOKAL