Lakukan 16 Transaksi Konon Pelaburan – Pesara Wanita Rugi Lebih Setengah Juta
Bukan satu tetapi 16 transaksi dilakukan membabitkan kerugian lebih RM500,000 terhadap seorang pesara wanita yang terpedaya tawaran menarik pelaburan dalam talian yang tidak wujud.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata mangsa membuat transaksi sebanyak 16 kali sejak 10 Disember hingga Januari lalu dan membuat laporan polis, semalam.
Jelas beliau, mangsa berurusan melalui aplikasi Whatsapp dengan seorang individu yang tidak dikenali dan menyertai pelaburan secara atas talian serta membuat pindahan wang.
Mohamad Hatta berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – THE VOKAL